Sunday, 22 November 2015

PENERANGAN


Sebelum mengimpal pengimpal hendaklah mengingati lima perkara penting supaya mendapat mutu kimpalan yang bermutu. Perkara tersebut ialah:
1.    Jarak arka
2.    Voltan Arka
3.    Arus kimpalan
4.    Sudut eletrod

5.    Kelajuan mengimpal
   Jarak arka
Jarak arka ialah jarak di antara hujung arka dengan logam yang dikimpal.Jarak ini boleh menentukan haba yang dihasilkan semasa proses kimpalan. Jarak arka yang panjang mengurangkan penembusan manakala jarak arka yang terlalu pendek akan menyebabkan eletrod melekat pada logam asas.
Voltan Arka
Voltan arka ialah voltan yang disukat semasa arka kimpalan terjadi. Voltan arka yang digunakan bergantung pada salut atau bahan lakur, garispusat eletrod dan jenis dawai eletrod.
Arus Kimpalan
Arus ini merupakan konduksi arus eletrod sebenar. Dengan melaraskan pelaras yang ada pada mesin kimpalan, arus boleh dipilih, supaya sesuai dengan pergerakan eletrod dan juga jenis kimpalan yang dikehendaki.Penyelarasan arus berubah mengikut saiz eletrod dan kedudukan mengimpal.
Sudut eletrod
Sudut eletrod ialah sudut di antara eletrod dengan permukaan logam. Setiap kedudukan     mengimpal berlainan sudut eletrodnya.
   Kelajuan mengimpal
   Kelajuan mengimpal ialah kelajuan eletrod semasa kimpalan sedang dijalankan.Semasa      mengimpal kelajuan mengimpal hendaklah seragam untuk mendapat kimpalan yang            bermutu.
   Cara Memulakan Dan Memberhentikan Arka 
 Sebelum mengimpal, logam asas yang hendak dikimpal perlulah dibersihkan                       menggunakan berus dawai atau cotton waste daripada segala kotoran seperti minyak,cat,karat dan sebagainya.Letakkan logam di atas meja kerja.Arus eletrik kimpalan
hendaklah dilaraskan kepada 120A bagi penggunaan eletrod E 6013 bersaiz 3.2mm Ø.Kedudukan pengimpal hendaklah berada dalam keadaan yang selesa, contohnya buka kaki separuh langkah dan lembutkan badan bagi memudahkan membuat kerja.Pemegang eletrod digunakan untuk memegang bahagian hujung eletrod yang tak bersalut.Pastikan plat bumi telah pun dipasangkan.

   Dua cara boleh digunakan untuk memulakan arka :-
  
   a)Mengetuk
Ketuk permukaan logam perlahan –lahan dengan hujung eletrod. Ini akan memberikan
kelegaan sebanyak 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan logam asas dan seterusnya akan menghasilkan arka.
   b)Menguris
Guriskan hujung eletrod pada permukaan logam ( seperti mengguris mancis ). Cara ini dapat
mengekalkan kelegaan 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan permukaan logam asas, seterusnya akan menghasilkan arka.

   Cara untuk memberhentikan arka
Memendekkan jarak arka seketika sebelum memberhentikannya dan angkatkan eletrod ke atas sebelah kiri Serta merta.
   Cara memperolehi kumai kedudukan rata
Permulaannya logam asas hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada minyak, cat,karat dan sebagainya.Kemudian buat garisan lurus menggunakan pengarik atau kapur penanda.Pilih arus elektrik antara 100 A – 140 A bagi penggunaan eletrod E 6013 bersaiz   3.2mm Ø.Letakkan logam asas di atas meja dan pastikan plat bumi telah pun dipasang.Sudut  di antara eletrod dan permukaan logam ialah 90° dan 70° - 80° ke arah pengimpal. Jarak arka dan kelajuan mengimpal mestilah sama di sepanjang masa               mengimpal. 
   Cara pemeriksaan kumai
1.    Periksa rupa bentuk kumai seperti lebar, tinggi dan kecairannya.
2.    Bahagian permulaan dan penghabisan dan juga bahagian yang disambung, tingginya mestilah sama dengan tinggi kumai bahagian pertengahan.
3.    Pastikan sama ada kumai itu berlapis dan terdapat potong bawah.sanga  atau percikan yang terdapat disekeliling kumai mestilah dibuang dan dibersihkan.
4.    Rupa bentuk kumai bergantung kepada arus eletrik kimpalan
5.    Jika terdapat kumai yang berlapis, tidak lebar dan tinggi, menunjukkan arus kimpalan tidak mencukupi.
6.    Jika terdapat potongan bawah, rupa kumai yang kasar dan percikan yang banyak,menunjukkan arus eletrik terlalu tinggi.
7.    Jika tidak terdapat sebarang kecacatan seperti di atas ia dikira elok.

   KIMPAL SEMULA BUTTERING / PADDING )
 Kimpalan semula atau membina semula dalam kerja kerja kimpalan adalah dilakukan pada  bahagian bahagian yang telah haus atau terhakis . Proses ini dilakukan dengan mengimpal semula dengan menggunakan letrod yang dikhaskan bagi kerja kerja dapat dijalankan dengan mengikut spesikasi yang telah ditentukan. Dengan proses ini juga peralatan ini  masih  dapat digunakan lagi dan ini dapat menjimatkan masa , wang dan sebagainya.
  Tujuan penggunaan
Kaedah ini sangat berguna bagi syaf syaf yang telah haus , lubang yang terlalu besar , bilah  yang telah haus supaya boleh digunakan semula dan banyak lagi penggunaanya . Proses ini perlu dilakukan sekiranya tersalah  mesin sewaktu dibuat dan pada setengahnya perlu dimesinkan apabila selepas kimpal semula dilakukan. Apa yang ditekankan disini ada dua perkara yang utama:
                             1. Supaya benda benda yang haus masih boleh digunakan lagi.
                             2. Tidak berlakunya pembaziran.
Cara pengimpalan semula dilakukan:
  1. Membersihkan keatas bahagian yang dikenalpasti ( haus) dari kotoran , minyak ,   karat dan sebagainya .
  2. Memberuskan denagn berus dawai atau jika perlu dicanaikan.
  3. Sebarang pinggir yang menjulur atau logam yang tidak dikehendaki disekitar kawasan kimpal perlulah di buangkan.
  4. Sebaik baiknya gunakan letrod harsurfacing iaitu yang dikhaskan untuk kegunaan kimpal semula sebab ia mempunyai sifat kekerasan.
  5. Lakukan  kerja kimpal   mengikut susunan yang betul bagi mengelakan berlakunya erutan semasa proses kimpalan dijalankan atau selepasnya.
  6. Timbunan kimpalan mesti dilakukan dengan betul  yang mana bagi mengelakan berlakunya  sangga dan bendasing terperangkap dalam kimpalan dan ini boleh menyebabkan kualiti menjadi rendah dan ini boleh melemahkan kimpalan. Timbunan itu mesti dibersihkan dari setiap lapisan yang akan dikimpal. 
Kimpalan  Semula pada batang (Shaf) atau Paip
 Proses pengimpalan ini sama dengan cara mengimpal permukaan cuma terdapat perbezaan dari segi susunatur cara mengimpal iaitu mana tempat yang perlu dikimpal dahulu yang terakhir.  Dalam proses ini susunatur ini amat mustahak bagi mengelakkan berlakunya erutan pada shaf tersebut . Dibawah ini adalah cara yang betul bagi mengimpal shaf .
Kebaikan Bagi kimpal semula
a.    Dapat menjimatkan perbelanjaan.
b.    Dapat menjimatkan masa dari segi membuat pesanan yang memakan masa yang agak lama untuk mendapatkannya.
c.    Dapat menggunakan lagi peralatan tersebut tanpa membazir.
d.    Memudahkan kerja saperti tanpa menggunakan tenaga luar yang memerlukan pakar atau sebagainya.
Keburukan kimpal semula
a.    Jika terdapat had lebih mengimpal ini akan merumitkankerja kerja memesinkan bendakerja tersebut kerana memakan masa yang panjang  untuk meratakan atau menyiapkan.
b.    Sekiranya kerja mengimpal semula ini tidak rata atau tidak mengikuti kehendak ini juga akan merumitkan kerja kerja memesin dijalankan.
c.    Jika terdpat sangga  terperangkap didalam kimpalan ini akan mengurangkan mutu kerja dan juga mengurangkan kekuatan bendakerja tersebut.
d.    Mudah berlakunya erutan bagi mengimpal semula shaf atau paip atau bendakerja yang agak nipis dimana mudah berlaku sekiranya tidak berhati hati.