Sebelum mengimpal pengimpal hendaklah mengingati lima
perkara penting supaya mendapat mutu kimpalan yang bermutu. Perkara tersebut
ialah:
1.
Jarak
arka
2.
Voltan
Arka
3.
Arus
kimpalan
4.
Sudut
eletrod
5.
Kelajuan
mengimpal
Jarak
arka
Jarak arka ialah jarak di antara hujung arka dengan logam
yang dikimpal.Jarak ini boleh menentukan haba yang dihasilkan semasa proses
kimpalan. Jarak arka yang panjang mengurangkan penembusan manakala jarak arka
yang terlalu pendek akan menyebabkan eletrod melekat pada logam asas.
Voltan Arka
Voltan arka ialah voltan yang disukat semasa arka
kimpalan terjadi. Voltan arka yang digunakan bergantung pada salut atau bahan
lakur, garispusat eletrod dan jenis dawai eletrod.
Arus Kimpalan
Arus ini merupakan konduksi arus eletrod sebenar. Dengan
melaraskan pelaras yang ada pada mesin kimpalan, arus boleh dipilih, supaya
sesuai dengan pergerakan eletrod dan juga jenis kimpalan yang
dikehendaki.Penyelarasan arus berubah mengikut saiz eletrod dan kedudukan
mengimpal.
Sudut eletrod
Sudut eletrod ialah sudut di antara eletrod dengan
permukaan logam. Setiap kedudukan mengimpal
berlainan sudut eletrodnya.
Kelajuan mengimpal
Kelajuan
mengimpal ialah kelajuan eletrod semasa kimpalan sedang dijalankan.Semasa mengimpal kelajuan mengimpal hendaklah seragam untuk mendapat kimpalan yang bermutu.
Cara Memulakan Dan
Memberhentikan Arka
Sebelum
mengimpal, logam asas yang hendak dikimpal perlulah dibersihkan menggunakan berus dawai atau cotton waste
daripada segala kotoran seperti minyak,cat,karat dan sebagainya.Letakkan logam
di atas meja kerja.Arus eletrik kimpalan
hendaklah dilaraskan kepada 120A bagi
penggunaan eletrod E 6013 bersaiz 3.2mm Ø.Kedudukan pengimpal hendaklah berada
dalam keadaan yang selesa, contohnya buka kaki separuh langkah dan lembutkan
badan bagi memudahkan membuat kerja.Pemegang eletrod digunakan untuk memegang
bahagian hujung eletrod yang tak bersalut.Pastikan plat bumi telah pun
dipasangkan.
Dua
cara boleh digunakan untuk memulakan arka :-
a)Mengetuk
Ketuk permukaan logam perlahan –lahan dengan hujung eletrod. Ini akan memberikan
kelegaan sebanyak 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan logam asas dan seterusnya akan menghasilkan arka.
Ketuk permukaan logam perlahan –lahan dengan hujung eletrod. Ini akan memberikan
kelegaan sebanyak 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan logam asas dan seterusnya akan menghasilkan arka.
b)Menguris
Guriskan hujung eletrod pada permukaan logam ( seperti mengguris mancis ). Cara ini dapat
mengekalkan kelegaan 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan permukaan logam asas, seterusnya akan menghasilkan arka.
Guriskan hujung eletrod pada permukaan logam ( seperti mengguris mancis ). Cara ini dapat
mengekalkan kelegaan 2mm-3mm di antara hujung eletrod dan permukaan logam asas, seterusnya akan menghasilkan arka.
Cara
untuk memberhentikan arka
Memendekkan jarak arka seketika sebelum memberhentikannya dan angkatkan eletrod ke atas sebelah kiri Serta merta.
Memendekkan jarak arka seketika sebelum memberhentikannya dan angkatkan eletrod ke atas sebelah kiri Serta merta.
Permulaannya logam asas hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada minyak, cat,karat dan sebagainya.Kemudian buat garisan lurus menggunakan pengarik atau kapur penanda.Pilih arus elektrik antara 100 A – 140 A bagi penggunaan eletrod E 6013 bersaiz 3.2mm Ø.Letakkan logam asas di atas meja dan pastikan plat bumi telah pun dipasang.Sudut di antara eletrod dan permukaan logam ialah 90° dan 70° - 80° ke arah pengimpal. Jarak arka dan kelajuan mengimpal mestilah sama di sepanjang masa mengimpal.
Cara pemeriksaan kumai
1. Periksa rupa bentuk kumai seperti lebar, tinggi dan kecairannya.
2. Bahagian permulaan dan penghabisan dan juga bahagian yang disambung, tingginya mestilah sama dengan tinggi kumai bahagian pertengahan.
3. Pastikan sama ada kumai itu berlapis dan terdapat potong bawah.sanga atau percikan yang terdapat disekeliling kumai mestilah dibuang dan dibersihkan.
4. Rupa bentuk kumai bergantung kepada arus eletrik kimpalan
5. Jika terdapat kumai yang berlapis, tidak lebar dan tinggi, menunjukkan arus kimpalan tidak mencukupi.
6. Jika terdapat potongan bawah, rupa kumai yang kasar dan percikan yang banyak,menunjukkan arus eletrik terlalu tinggi.
7. Jika tidak terdapat sebarang kecacatan seperti di atas ia dikira elok.
1. Periksa rupa bentuk kumai seperti lebar, tinggi dan kecairannya.
2. Bahagian permulaan dan penghabisan dan juga bahagian yang disambung, tingginya mestilah sama dengan tinggi kumai bahagian pertengahan.
3. Pastikan sama ada kumai itu berlapis dan terdapat potong bawah.sanga atau percikan yang terdapat disekeliling kumai mestilah dibuang dan dibersihkan.
4. Rupa bentuk kumai bergantung kepada arus eletrik kimpalan
5. Jika terdapat kumai yang berlapis, tidak lebar dan tinggi, menunjukkan arus kimpalan tidak mencukupi.
6. Jika terdapat potongan bawah, rupa kumai yang kasar dan percikan yang banyak,menunjukkan arus eletrik terlalu tinggi.
7. Jika tidak terdapat sebarang kecacatan seperti di atas ia dikira elok.
KIMPAL
SEMULA BUTTERING / PADDING )
Kimpalan
semula atau membina semula dalam kerja kerja kimpalan adalah dilakukan pada bahagian bahagian yang telah haus atau terhakis . Proses ini dilakukan dengan
mengimpal semula dengan menggunakan letrod yang dikhaskan bagi kerja kerja
dapat dijalankan dengan mengikut spesikasi yang telah ditentukan. Dengan proses
ini juga peralatan ini masih dapat digunakan lagi dan ini dapat
menjimatkan masa , wang dan sebagainya.
Tujuan penggunaan
Kaedah
ini sangat berguna bagi syaf syaf yang telah haus , lubang yang terlalu besar ,
bilah yang telah haus supaya boleh
digunakan semula dan banyak lagi penggunaanya . Proses ini perlu dilakukan
sekiranya tersalah mesin sewaktu dibuat
dan pada setengahnya perlu dimesinkan apabila selepas kimpal semula dilakukan.
Apa yang ditekankan disini ada dua perkara yang utama:
1. Supaya benda
benda yang haus masih boleh digunakan lagi.
2. Tidak
berlakunya pembaziran.
Cara
pengimpalan semula dilakukan:
- Membersihkan
keatas bahagian yang dikenalpasti ( haus) dari kotoran , minyak , karat dan sebagainya .
- Memberuskan
denagn berus dawai atau jika perlu dicanaikan.
- Sebarang
pinggir yang menjulur atau logam yang tidak dikehendaki disekitar kawasan
kimpal perlulah di buangkan.
- Sebaik baiknya gunakan letrod harsurfacing iaitu yang dikhaskan untuk kegunaan kimpal semula sebab ia mempunyai sifat kekerasan.
- Lakukan kerja kimpal mengikut susunan yang betul bagi mengelakan berlakunya erutan semasa proses kimpalan dijalankan atau selepasnya.
- Timbunan kimpalan mesti dilakukan dengan betul yang mana bagi mengelakan berlakunya sangga dan bendasing terperangkap dalam kimpalan dan ini boleh menyebabkan kualiti menjadi rendah dan ini boleh melemahkan kimpalan. Timbunan itu mesti dibersihkan dari setiap lapisan yang akan dikimpal.
Kimpalan Semula pada batang (Shaf) atau Paip
Proses pengimpalan ini sama
dengan cara mengimpal permukaan cuma terdapat perbezaan dari segi susunatur
cara mengimpal iaitu mana tempat yang perlu dikimpal dahulu yang terakhir. Dalam proses ini susunatur ini amat mustahak
bagi mengelakkan berlakunya erutan pada shaf tersebut . Dibawah ini adalah cara
yang betul bagi mengimpal shaf .
Kebaikan Bagi kimpal
semula
a.
Dapat
menjimatkan perbelanjaan.
b.
Dapat
menjimatkan masa dari segi membuat pesanan yang memakan masa yang agak lama
untuk mendapatkannya.
c.
Dapat
menggunakan lagi peralatan tersebut tanpa membazir.
d.
Memudahkan
kerja saperti tanpa menggunakan tenaga luar yang memerlukan pakar atau
sebagainya.
Keburukan kimpal semula
a.
Jika
terdapat had lebih mengimpal ini akan merumitkankerja kerja memesinkan
bendakerja tersebut kerana memakan masa yang panjang untuk meratakan atau menyiapkan.
b.
Sekiranya
kerja mengimpal semula ini tidak rata atau tidak mengikuti kehendak ini juga
akan merumitkan kerja kerja memesin dijalankan.
c.
Jika
terdpat sangga terperangkap didalam
kimpalan ini akan mengurangkan mutu kerja dan juga mengurangkan kekuatan
bendakerja tersebut.
d.
Mudah
berlakunya erutan bagi mengimpal semula shaf atau paip atau bendakerja yang
agak nipis dimana mudah berlaku sekiranya tidak berhati hati.
No comments:
Post a Comment